Popular Posts

Saturday, November 19, 2011

KEM SENI VISUAL DAERAH KEMAMAN

Assalamualaikum..
Baru-baru ni group guru seni visual daerah Kemaman telah merancang menghasilkan painting untuk diletakkan dipejabat PPD baru yang akan digunakan pada bulan November ini..
dan pada 14-15 Nov 2011, hari Isnin dan Selasa (setelah beberapa kali ditunda) maka guru-guru dan pelajar dari kalangan tingkatan 4 dan 6 bawah telah dipanggil untuk menjalankan aktiviti painting seperti yang dirancang.. PPD telah memberi kami semua tempat yg terlebih selesa iaitu di Villa Rakyat.Rumah bunglo ditepi pantai yang sangat selesa..
Rancangan kami nak membawa pelajar dan guru melukis ditepi pantai tetapi dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan, maka kami terpaksa berbengkel di kawasan sekitar dan bila hari hujan pula, semuanya membuat kerja di bunglo masing-masing.
Walaupun masa yang diberi cuma 2 hari,tp kami memaksimakam masa yang ada untuk mempersembahkan karya masing2 dengan melukis siang dan malamtanpa rasa jemu dan para pelajar pula kami merancang untuk mereka menghasilkan painting dengan menggunakan teknik Hard Edge memandangkan teknik ini yang paling mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang.
Terima kasih kepada Cik Suziah Kassim, En Mahzan,kerana memberi ruang kepada kami semua untuk menunjukkan bakat dan secara tidak langsung menaikkan martabatkan guru seni di daerah kami dengan hasil kami akan di pamerkan di pejabat PPD yang baru. Malam BBQ pun dah ramai yang bertanya untuk membeli lukisan kami..hehehe..seronok juga bila dah lama tak melukis..
Terima kasih jua kerana segala peraatan juga disediakan daripada berus sehingga ke kanvas...
Terima kasih..kalau boleh kami nak buat lagi dan ingin memohon sebuah galeri untuk kami pamerkan segala hasil seni para guru dan pelajar daerah kami.Kepada Cik Suziah, jangan tukar ke sekolah lagi ye...kalau nak tukar pun biar le kami dapat galeri dulu..
jasa anda kami hargai.








Antara pelajar yang sedang membuat lakaran di perkarangan halaman Villa Rakyat

Cikgu pun sama juga ye ...kena melukis gak..
Amboi kak...sungguhnya..
Tunjuk ajar daripada guru amat perlu
Group pelajar lelaki...malas keluar rumah..



Lari tajuk...anak sapa ni...
ni yang cikgu punya ye..

saje nak menunjuk tu..
Walaupun berbadan du..tp semangat untuk melukis tetap berkobar-kobar
pantang lebih je kanvas,siap buat yang lain lak..
maaf ye..cikgu  ni baru datang..tu yang lewat siap..






SMK SULTAN ISMAIL
SMK MAK LAGAM
SMK SULTAN ISMAIL
SMK BINJAI
SMK BUKIT MENTOK
SMK MAK LAGAM
SMK BADRUL ALAM SHAH
SMK GELIGA
SMK CHERUL
SMK KIJAL

Siap suruh cikgu posing le pulak
huh..yang terakhir
dah siap sbb masa dah habis..


SMK FELDA NERAM
persembahan daripada kumpulan seni muzik daerah yang sama-sama melatih pelajar daerah
makan malam

No comments:

Post a Comment