Popular Posts

Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011

Dah masuk tahun baru 2011

Tahun ni nak rancang buat apa utk aktiviti daerah...harap2 tahun menjadi lah pulak kerana tahun 2010 banyak dugaan dan cabaran utk PSV Daerah..
Adusss....Masalah kewangan punca utama nak buat perjumpaan dengan semua sekolah yg ada..bila ditanya...jawapannya...."tak ada peruntukan" huhu..nak buat mcm mana..terpaksa terima..
Kepada semua guru-guru daerah Kemaman, moga tahun baru ini,kalian dapat memberi sokongan agar semua aktiviti yg dirancang kelak dpt dijalankan.
Yang tahun lepas ingat nak buat painting di Pulau Kapas..tp tak jalan...tak tau le kenapa...kesibukan masing2 mungkin punca utama kut..
Tahun ni nak rancang apa lak..ye...yang negeri...dah buat painting untuk diletakkan di Jabatan Pelajaran Negeri...
Yang daerah ni,nak buat juga ke?
Boleh juga..biar hias PPD baru kat Binjai tu...biar bangga sikit dengan hasil kerja cikgu2 seni daerah Kemaman ni...
InsyaAllah..buka nanti nak gi jumpa Pegawai PPD lah pulak..nak minta persetujuan beliau..harap berjaya krn setahu saya En Zakaria suka pada painting...cuma kena dpt persetujuan guru2 seni le pulak...
Pada cikgu2 seni Kemaman..beri le komitmen anda untuk majukan lg seni dimata mereka yg masih rabun..biar mereka buka mata dan nampak keindahan seni itu sendiri....
Ok..SELAMAT TAHUN BARU..MULAKAN DENGAN AZAM BARU

Monday, December 13, 2010

soalan psv ting 2


SULIT                                                                                                                                                        
2611/1               
Pendidikan Seni Visual                                                                                                                                
Kertas 1
2009                      
1 ¼ jam






JABATAN PELAJARAN TERENGGANU


 


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN DUA


 


PENDIDIKAN SENI VISUAL

KERTAS 1

TEORI SENI

Satu jam lima belas minit


 


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU

1.    Kertas  ini mengandungi 50 soalan
2.   Jawab semua soalan

AMARAN
1.   Kandungan kertas soalan ini tidak boleh disalin atau dikeluarkan dengan cara apa pun.
2.   Kertas soalan ini mestilah diserahkan balik kepada Ketua Pengawas di dalam bilik peperiksaan apabila tamat sahaja ujian ini



Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak



 Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf  A, B, C dan D. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda







Go to fullsize image
 



Gambar rajah 1
 
 














  1. Merujuk kepada gambar rajah 1.
Apakah sifat garisan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

A        Garisan berbulu
B        Garisan tebal
C        Garisan kasar
D        Garisan beralun




Go to fullsize image
 
 












Gambar rajah 2
 
 



2        Merujuk kepada gambar rajah 2.
Apakah jenis garisan yang menjadi penegasan dalam rekaan di atas

A         Garisan bergerigi
B          Garisan beralun
C          Garisan berlingkar
D         Garisan berpancar







 



Gambar rajah 3
 
 












3        Merujuk kepada gambar rajah 3.
Pilih penyataan yang paling sesuai dengan gambar rajah di atas.

A         Garisan menggambarkan pergerakan
B          Garisan menimbulkan ton
C          Garisan menimbulkan warna
D         Garisan memberi gambaran teguh

4        Apakah jenis garisan yang sesuai digunakan untuk memberi gambaran tenang?

A         Garisan menyerong
B          Garisan tegak
C          Garisan beralun
D         Garisan melintang

5.   Manakah antara berikut merupakan teknik yang digunakan dalam lukisan?

I.          Lorekan
II.         Gosokan
III.       Basah dan kering
IV.       Impasto

A.        I dan II
B.         II dan IV
C.         II dan III
D.        III dan IV

6. Apakah yang harus diperhatikan semasa hendak melukis?

A.        Keseimbangan subjek dengan ruang
B.         Saiz subjek dan saiz kertas lukisan
C.         Perkaitan antara satu subjek dengan subjek yang lain
D.        Warna subjek dengan sekeliling






7.   Garisan berpancar pada alam semula jadi dapat dilihat melalui

            A         Urat kayu
            B          Daun mangga
            C          Kulit nenas
            D         Sarang labah-labah

  1. Garisan pada corak batik dapat dihasilkan dengan menggunakan

A         Pensel dan pemadam
B          Berus dan warna
C          Canting dan lilin
D         Pen dan dakwat                                                                                              





 



Gambar rajah 4
 
 













                                                                 
9.   Merujuk kepada gambar rajah 4
Rupa di atas menunjukkan contoh

      A         Rupa organik
            B          Rupa geometrik
            C          Rupa bergerigi
            D         Rupa bebas

    10. Berikut adalah teknik-teknik lukisan kecuali

A.        conteng
B.         titik
C.         impasto
D.        gosokan

11. Antara berikut, yang manakah tergolong dalam jenis kayu lembut,

A.     Getah
B.     Jati
C.     Cengal
D.     Merbau









pen ink home
 



Gambar rajah 5
 
 













12.  Merujuk kepada gambar rajah 5.
Rekaan rupa di atas berasaskan sumber ilham

            A         Objek buatan manusia
            B          Organik
            C          Flora
            D         Fauna

13.  Rekaan grafik yang banyak menggunakan unsur rupa ialah
                                                                                                 
A.          Batik
B.          Kad ucapan
C.          Arca
D.          Catan


 
                                                           










Gambar rajah 6
 
 



   14.    Merujuk kepada gambar rajah 6.
Rupa di atas telah diolah menjadi

A.         Jenama
B.         Bentuk
C.         Logo
D.         Poster


15.        Penyataan yang benar mengenai bentuk konkrit ialah

     A       Permukaan 2 dimensi berjalinan dan bersifat sama rata
            B       Objek sebenar pada alam sekeliling bersifat 3 dimensi yang boleh disentuh
            C       Mempunyai lebih daripada satu permukaan dan tiada jisim
            D      Digambarkan dalam bentuk lukisan dan catan






Go to fullsize image
 



Gambar rajah 7
 
 














16.   Merujuk kepada gambar rajah 7.
     Ilustrasi di atas boleh dianggap berkesan kerana

A.           Kesesuaian antara ilustrasi dan tajuk
B.           Menggunakan hanya satu objek
C.           Menggunakan teknik lukisan
D.     Hanya menggunakan unsur-unsur garisan

17.   Bentuk yang mempunyai satu permukaan satah ialah

        A      Kiub
        B       Sfera
        C       Kon
        D      Silinder

18.  Kawasan kosong yang mengelilingi arca  di Tugu Negara ialah

       A     Ruang
       B      Titik lenyap
       C      Latar belakang
       D     Bahagian negatif

19.  Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arca luakan?

A.     Bahan yang sesuai ialah besi dan batu
B.     Berayun dan tergantung
C.     Arca yang diperbuat dengan membuang bahagian tertentu
D.     Mencantumkan dengan bahan-bahan tertentu






Go to fullsize image
 



Gambar rajah 8
 
 














20. Merujuk kepada gambar rajah 8.
         Nyatakan jenis ruang yang hendak ditonjolkan dalam lukisan di atas

     A      Ruang dalam
     B       Ruang cetek
     C       Ruang konkrit
     D      Ruang rata

21. Jarak antara dua objek dikenali sebagai

            A      Latar belakang
     B       Perspektif
     C       Garisan grid
     D      Ruang








 



Gambar rajah 9
 
 












  1. Merujuk pada gambar rajah 9.
Apakah bentuk silat di atas .

A.     Silat Minangkau
B.           Silat Belah Rotan
C.           Silat Leper
D.           Silat Serong


  1. Kulit buah tembikai dan dan corak pada kain batik terap mempunyai persamaan dari  segi

 A     Jalinan asli
 B      Jalinan sentuh
 C         Jalinan Tampak
 D        Jalinan buatan







 



Gambar rajah 10
 
 












24.  Merujuk pada gambar rajah 10.
Apakah nama alat di atas?

A.                 Berus
B.                 Canting
C.                 Lilin
D.                 Soda Ash

25. Pemindahan sesuatu corak ke atas permukaan kertas melalui teknik gosokkan biasanya  
      dilakukan melalui

A      Jalinan maya
B       Jalinan ilusi
C       Jalinan tampak
D      Jalinan sentuh

  1. Jalinan tampak merupakan antara ciri utama kraf tradisional berikut

A      Anyaman bakul
     B       Ukiran kayu
     C       Batik tulis
     D      Anyaman kelarai

  1.  Warna utama atau warna asas dikenali sebagai

A      Warna yang menggunakan hitam sebagai warna asalnya
       B      Warna yang tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain
       C      Warna yang terdapat dalam kehidupan seharian
       D     Warna terdiri daripada warna jingga ,hijau dan ungu

  1. Kesan pancaran gelap atau terang sesuatu warna dikenali sebagai

A      Warna asal
    B       Kroma warna
    C       Ton warna
    D      Warna panas

  1. Warna merah yang dicampurkan dengan warna ungu akan menghasilkan warna

A      Warna tertier
     B       Warna skunder
     C       Warna penggenap
     D      Warna asas

  1.  Apakah suasana yang biasanya ditonjolkan melalui penggunaan warna panas

A      Kesegaran
     B       Kesedihan
     C       Kemeriahan
     D      Kejahatan

 
 











Gambar rajah 11
 
 



31. Merujuk pada gambar rajah 11.
Alat tersebut digunakan untuk membuat corak pada ukiran kayu. Nyatakan alat tersebut.

A.     Kikir pari
B.     Berus
C.     Pisau wali
D.     Pahat

32.  Apakah fungsi ‘Soda ash”?

A.           Mencantikkan kain
B.     Membuang lilin pada permukaan kain
C.     Mewarna kain
D.     Menerap lilin pada kain



33.  Siri garisan yang terpancar keluar dari tengah menggambarkan

A         Garisan perspektif
B         Garisan grid formal
C         Garisan berpancar
D         Garisan linear

34.  Semasa menghasilkan  anyaman tikar, penggunaan prinsip grid dan struktur di dalam penyusunan motif akan menghasilkan

A        Pergerakan
B         Kepelbagaian
C         Keseragaman
D        Kecantikan

35.  Dalam kehidupan kita, garisan struktur atau garisan grid amat penting untuk tujuan berikut kecuali

A          Menyusun corak fabrik
B           Menyusun ubin dinding
C           Mendirikan tembok batu-bata
D          Melukis atau mencatan






 



Gambar rajah 12
 
 















36. Merujuk pada gambar rajah 12.
Apakah teknik yang digunakan bagi baju di atas?

A.                 Teknik terap
B.         Teknik canting
C.         Teknik tensil
D.        Teknik capan






     37. Catan boleh ditakrifkan sebagai

A.        Lukisan proses awal untuk sesutu hasil seni
B.         Karya seni yang dihasilkan melalui penggunaan pigmen warna
C.         Lukisan yang menggunakan unsur garisan
D.        Proses mengecat sesuatu objek

38.  Unsur apakah yang boleh digunakan untuk menghasilkan catan pemandangan  yang lebih menarik?

A.                 Rupa
B.                 Pergerakan
C.                 Imbangan
D.         Jalinan           

     39. Bahan yang boleh menghasilkan teknik lut sinar adalah

A.        cat air
B.         cat poster
C.         cat tempera
D.        cat minyak



 





           





Gambar rajah 13
 
 



    40. Merujuk kepada gambar rajah 13
    Bahagian manakah yang perlu diwarnakan dengan warna pudar pada gambar rajah di atas?

A.                 I
B.                 II
C.                 III
D.                 IV

   41. Kenderaan mempunyai imbangan simetri berperanan untuk

A          keselamatan pengguna
B           rekabentuk yang hebat
C           harga yang mahal
D          lebih laju apabila di pandu

42. Apakah tujuan penggunaan pemati warna ( Fixative ) ke atas catan?

A.     Untuk mengekalkan warna
B.     Supaya permukaan berkilat
C.     Supaya tidak mudah koyak
D.     Untuk kelihatan menarik




 















43. Merujuk pada gambar rajah14.
      Apakah motif di atas?

A.           Kosmo
B.      Kaligrafi
C.      Flora
      D.      Fauna

44.  Pemilihan warna adalah amat penting dalam menghasilkan penegasan untuk sesebuah iklan.Golongan yang mudah tertarik pada warna adalah

A      Remaja
B       Kanak-kanak
C       Wanita
D      Orang dewasa

45.  Apakah yang menjadi unsur penegasan dalam sesuatu pertandingan badminton

A      pemain
B       penonton
C       pengadil
D      gelanggang






46. Mengapakah proses sisip perlu dalam anyaman?

A.           Untuk proses terakhir
B.           Supaya anyaman tidak terlerai
C.           Supaya coraknya teratur
D.           Untuk mengerat helaian berlebihan







 



Gambar rajah 15
 
 














47. Merujuk kepada gambar rajah 15
Apakah jenis arca yang dihasilkan dalam gambar rajah di atas?

  1.    Arca asemblaj
B.     Arca mobail
C.     Arca luakan
D.      Arca binaan

48. Tujuan penegasan adalah untuk

I         menarik perhatian
II        mewujudkan tumpuan
III      menimbulkan harmoni
IV      mewujudkan kontra

A.     I dan II
B.      II dan IV
C.      II dan III
D.     III dan IV

49.  Semua prinsip rekaan berikut dapat menghasilkan kesatuan kecuali

A      Harmoni
B       Kontra
C       Imbangan
D      Struktur Formal











Go to fullsize image
 



Gambar rajah 16
 
 














50. Merujuk kepada gambar rajah 16.
Mengapakah haiwan di atas hanya boleh digambarkan melalui ilustrasi?

  1. Haiwan ini sangat ganas
  2. Haiwan ini telah pupus
  3. Haiwan ini hanya muncul pada waktu malam
  4. Haiwan ini sukar ditemui



KERTAS SOALAN TAMAT