Popular Posts

Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011

Dah masuk tahun baru 2011

Tahun ni nak rancang buat apa utk aktiviti daerah...harap2 tahun menjadi lah pulak kerana tahun 2010 banyak dugaan dan cabaran utk PSV Daerah..
Adusss....Masalah kewangan punca utama nak buat perjumpaan dengan semua sekolah yg ada..bila ditanya...jawapannya...."tak ada peruntukan" huhu..nak buat mcm mana..terpaksa terima..
Kepada semua guru-guru daerah Kemaman, moga tahun baru ini,kalian dapat memberi sokongan agar semua aktiviti yg dirancang kelak dpt dijalankan.
Yang tahun lepas ingat nak buat painting di Pulau Kapas..tp tak jalan...tak tau le kenapa...kesibukan masing2 mungkin punca utama kut..
Tahun ni nak rancang apa lak..ye...yang negeri...dah buat painting untuk diletakkan di Jabatan Pelajaran Negeri...
Yang daerah ni,nak buat juga ke?
Boleh juga..biar hias PPD baru kat Binjai tu...biar bangga sikit dengan hasil kerja cikgu2 seni daerah Kemaman ni...
InsyaAllah..buka nanti nak gi jumpa Pegawai PPD lah pulak..nak minta persetujuan beliau..harap berjaya krn setahu saya En Zakaria suka pada painting...cuma kena dpt persetujuan guru2 seni le pulak...
Pada cikgu2 seni Kemaman..beri le komitmen anda untuk majukan lg seni dimata mereka yg masih rabun..biar mereka buka mata dan nampak keindahan seni itu sendiri....
Ok..SELAMAT TAHUN BARU..MULAKAN DENGAN AZAM BARU

No comments:

Post a Comment