Popular Posts

Tuesday, February 22, 2011

MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL DEARAH KEMAMAN KALI 1/2011

Salam unruk semua...
Alhamdulillah,hari ini dapat juga mesyuarat guru panitia PSV daerah berlangsung...
Tarikh 22 feb 2011 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di PPD Kemaman..Terima kasih pegawai PPD, En Shamsul,org baru yg baru 3 hari mengambil alih tugas di PPD.

Dan  Syukur bila semua guru dari jauh dan dekat datang untuk bermesyuarat...cukup semuanya..18 buah sekolah di daerah Kemaman mengambil mata pelajaran PSV.
Antara agenda yang dibincangkan pd petang ini ialah:
1.Aktiviti tahunan
1.1 guru mencadangkan agar lawatan bermaklumat dibuat.cadangan diberi seperti ke sekolah seni Johor,Balai Seni Lukis dan Pusat Kraftangan Jalan Conlay. Cadangan : Seorang guru dan seorang pelajar untuk setiap sekolah.
1.2 Pejabat PPD baru akan dibuka kemungkinan pada bulan 6. Di sini kami mencadangkan projek painting dibuat oleh setiap guru opsyenis . Painting akan didermakan kepada PPD untuk diletakkan di pejabat PPD baru...Tujuannya agar org  dpt menilai seni  dan menghargai seni yg dihasilkan oleh guru2 seni di Kemaman . Projek ini telah dijalankanoleh  guru2 JU Terengganu pada tahun lepas untuk diletakkan di jabatan...Jadi disini kami mencadangkan pula painting dibuat di sini agar seni disini terus berkembang.
1.3 Bengkel KRSV 2611/3- SMK Geliga dengan berbesar hati mencadangkan bilik seninya untuk dijadikan bengkel untuk subjek ini. Cadangan dibuat pada akhir mac ini memandangkan cuti sekolah akan bermula.Moga bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Syukur bila semuanya selesai..perbincangan soalan KRSV dpt dijalankan dan berharap agar guru2 di daeerah Kemaman dapat menghasilkan yng terbaik utk pelajarnya dan tiada masalah lagi untuk guru2 yang baru mengajar.


  sebahagian cikgu seni daerah..dok tengah berbincang
 Hasil kerja adhot utk dijadikan contoh
Guna pinggan melamine je...
sebelum painting,gosok dgn kertas pasir dulu..baru di boleh lekat.
pas tu baru le boleh paint...last nak bg cantik spray je dgn clear spray,..

1 comment:

  1. minta izin me'copy' gambarnya untuk dimuatkan dlm blog saya....tkasih cikgu

    ReplyDelete