SULIT
2611/1
Pendidikan Seni Visual Kertas 1
2009
1 ¼ jam
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN DUA
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 1
TEORI SENI
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi 50 soalan
2. Jawab semua soalan
AMARAN
1. Kandungan kertas soalan ini tidak boleh disalin atau dikeluarkan dengan cara apa pun.
2. Kertas soalan ini mestilah diserahkan balik kepada Ketua Pengawas di dalam bilik peperiksaan apabila tamat sahaja ujian ini
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak
Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda
- Merujuk kepada gambar rajah 1.
Apakah sifat garisan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
A Garisan berbulu
B Garisan tebal
C Garisan kasar
D Garisan beralun
2 Merujuk kepada gambar rajah 2.
Apakah jenis garisan yang menjadi penegasan dalam rekaan di atas
A Garisan bergerigi
B Garisan beralun
C Garisan berlingkar
D Garisan berpancar
3 Merujuk kepada gambar rajah 3.
Pilih penyataan yang paling sesuai dengan gambar rajah di atas.
A Garisan menggambarkan pergerakan
B Garisan menimbulkan ton
C Garisan menimbulkan warna
D Garisan memberi gambaran teguh
4 Apakah jenis garisan yang sesuai digunakan untuk memberi gambaran tenang?
A Garisan menyerong
B Garisan tegak
C Garisan beralun
D Garisan melintang
5. Manakah antara berikut merupakan teknik yang digunakan dalam lukisan?
I. Lorekan
II. Gosokan
III. Basah dan kering
IV. Impasto
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6. Apakah yang harus diperhatikan semasa hendak melukis?
A. Keseimbangan subjek dengan ruang
B. Saiz subjek dan saiz kertas lukisan
C. Perkaitan antara satu subjek dengan subjek yang lain
D. Warna subjek dengan sekeliling
7. Garisan berpancar pada alam semula jadi dapat dilihat melalui
A Urat kayu
B Daun mangga
C Kulit nenas
D Sarang labah-labah
- Garisan pada corak batik dapat dihasilkan dengan menggunakan
A Pensel dan pemadam
B Berus dan warna
C Canting dan lilin
D Pen dan dakwat
9. Merujuk kepada gambar rajah 4
Rupa di atas menunjukkan contoh
A Rupa organik
B Rupa geometrik
C Rupa bergerigi
D Rupa bebas
10. Berikut adalah teknik-teknik lukisan kecuali
A. conteng
B. titik
C. impasto
D. gosokan
11. Antara berikut, yang manakah tergolong dalam jenis kayu lembut,
A. Getah
B. Jati
C. Cengal
D. Merbau
12. Merujuk kepada gambar rajah 5.
Rekaan rupa di atas berasaskan sumber ilham
A Objek buatan manusia
B Organik
C Flora
D Fauna
13. Rekaan grafik yang banyak menggunakan unsur rupa ialah
A. Batik
B. Kad ucapan
C. Arca
D. Catan
14. Merujuk kepada gambar rajah 6.
Rupa di atas telah diolah menjadi
A. Jenama
B. Bentuk
C. Logo
D. Poster
15. Penyataan yang benar mengenai bentuk konkrit ialah
A Permukaan 2 dimensi berjalinan dan bersifat sama rata
B Objek sebenar pada alam sekeliling bersifat 3 dimensi yang boleh disentuh
C Mempunyai lebih daripada satu permukaan dan tiada jisim
D Digambarkan dalam bentuk lukisan dan catan
16. Merujuk kepada gambar rajah 7.
Ilustrasi di atas boleh dianggap berkesan kerana
A. Kesesuaian antara ilustrasi dan tajuk
B. Menggunakan hanya satu objek
C. Menggunakan teknik lukisan
D. Hanya menggunakan unsur-unsur garisan
17. Bentuk yang mempunyai satu permukaan satah ialah
A Kiub
B Sfera
C Kon
D Silinder
18. Kawasan kosong yang mengelilingi arca di Tugu Negara ialah
A Ruang
B Titik lenyap
C Latar belakang
D Bahagian negatif
19. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arca luakan?
A. Bahan yang sesuai ialah besi dan batu
B. Berayun dan tergantung
C. Arca yang diperbuat dengan membuang bahagian tertentu
D. Mencantumkan dengan bahan-bahan tertentu
20. Merujuk kepada gambar rajah 8.
Nyatakan jenis ruang yang hendak ditonjolkan dalam lukisan di atas
A Ruang dalam
B Ruang cetek
C Ruang konkrit
D Ruang rata
21. Jarak antara dua objek dikenali sebagai
A Latar belakang
B Perspektif
C Garisan grid
D Ruang
- Merujuk pada gambar rajah 9.
Apakah bentuk silat di atas .
A. Silat Minangkau
B. Silat Belah Rotan
C. Silat Leper
D. Silat Serong
- Kulit buah tembikai dan dan corak pada kain batik terap mempunyai persamaan dari segi
A Jalinan asli
B Jalinan sentuh
C Jalinan Tampak
D Jalinan buatan
24. Merujuk pada gambar rajah 10.
Apakah nama alat di atas?
A. Berus
B. Canting
C. Lilin
D. Soda Ash
25. Pemindahan sesuatu corak ke atas permukaan kertas melalui teknik gosokkan biasanya
dilakukan melalui
A Jalinan maya
B Jalinan ilusi
C Jalinan tampak
D Jalinan sentuh
- Jalinan tampak merupakan antara ciri utama kraf tradisional berikut
A Anyaman bakul
B Ukiran kayu
C Batik tulis
D Anyaman kelarai
- Warna utama atau warna asas dikenali sebagai
A Warna yang menggunakan hitam sebagai warna asalnya
B Warna yang tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain
C Warna yang terdapat dalam kehidupan seharian
D Warna terdiri daripada warna jingga ,hijau dan ungu
- Kesan pancaran gelap atau terang sesuatu warna dikenali sebagai
A Warna asal
B Kroma warna
C Ton warna
D Warna panas
- Warna merah yang dicampurkan dengan warna ungu akan menghasilkan warna
A Warna tertier
B Warna skunder
C Warna penggenap
D Warna asas
- Apakah suasana yang biasanya ditonjolkan melalui penggunaan warna panas
A Kesegaran
B Kesedihan
C Kemeriahan
D Kejahatan
31. Merujuk pada gambar rajah 11.
Alat tersebut digunakan untuk membuat corak pada ukiran kayu. Nyatakan alat tersebut.
A. Kikir pari
B. Berus
C. Pisau wali
D. Pahat
32. Apakah fungsi ‘Soda ash”?
A. Mencantikkan kain
B. Membuang lilin pada permukaan kain
C. Mewarna kain
D. Menerap lilin pada kain
33. Siri garisan yang terpancar keluar dari tengah menggambarkan
A Garisan perspektif
B Garisan grid formal
C Garisan berpancar
D Garisan linear
34. Semasa menghasilkan anyaman tikar, penggunaan prinsip grid dan struktur di dalam penyusunan motif akan menghasilkan
A Pergerakan
B Kepelbagaian
C Keseragaman
D Kecantikan
35. Dalam kehidupan kita, garisan struktur atau garisan grid amat penting untuk tujuan berikut kecuali
A Menyusun corak fabrik
B Menyusun ubin dinding
C Mendirikan tembok batu-bata
D Melukis atau mencatan
36. Merujuk pada gambar rajah 12.
Apakah teknik yang digunakan bagi baju di atas?
A. Teknik terap
B. Teknik canting
C. Teknik tensil
D. Teknik capan
37. Catan boleh ditakrifkan sebagai
A. Lukisan proses awal untuk sesutu hasil seni
B. Karya seni yang dihasilkan melalui penggunaan pigmen warna
C. Lukisan yang menggunakan unsur garisan
D. Proses mengecat sesuatu objek
38. Unsur apakah yang boleh digunakan untuk menghasilkan catan pemandangan yang lebih menarik?
A. Rupa
B. Pergerakan
C. Imbangan
D. Jalinan
39. Bahan yang boleh menghasilkan teknik lut sinar adalah
A. cat air
B. cat poster
C. cat tempera
D. cat minyak
40. Merujuk kepada gambar rajah 13
Bahagian manakah yang perlu diwarnakan dengan warna pudar pada gambar rajah di atas?
A. I
B. II
C. III
D. IV
41. Kenderaan mempunyai imbangan simetri berperanan untuk
A keselamatan pengguna
B rekabentuk yang hebat
C harga yang mahal
D lebih laju apabila di pandu
42. Apakah tujuan penggunaan pemati warna ( Fixative ) ke atas catan?
A. Untuk mengekalkan warna
B. Supaya permukaan berkilat
C. Supaya tidak mudah koyak
D. Untuk kelihatan menarik
43. Merujuk pada gambar rajah14.
Apakah motif di atas?
A. Kosmo
B. Kaligrafi
C. Flora
D. Fauna
44. Pemilihan warna adalah amat penting dalam menghasilkan penegasan untuk sesebuah iklan.Golongan yang mudah tertarik pada warna adalah
A Remaja
B Kanak-kanak
C Wanita
D Orang dewasa
45. Apakah yang menjadi unsur penegasan dalam sesuatu pertandingan badminton
A pemain
B penonton
C pengadil
D gelanggang
46. Mengapakah proses sisip perlu dalam anyaman?
A. Untuk proses terakhir
B. Supaya anyaman tidak terlerai
C. Supaya coraknya teratur
D. Untuk mengerat helaian berlebihan
47. Merujuk kepada gambar rajah 15
Apakah jenis arca yang dihasilkan dalam gambar rajah di atas?
- Arca asemblaj
B. Arca mobail
C. Arca luakan
D. Arca binaan
48. Tujuan penegasan adalah untuk
I menarik perhatian
II mewujudkan tumpuan
III menimbulkan harmoni
IV mewujudkan kontra
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
49. Semua prinsip rekaan berikut dapat menghasilkan kesatuan kecuali
A Harmoni
B Kontra
C Imbangan
D Struktur Formal
50. Merujuk kepada gambar rajah 16.
Mengapakah haiwan di atas hanya boleh digambarkan melalui ilustrasi?
- Haiwan ini sangat ganas
- Haiwan ini telah pupus
- Haiwan ini hanya muncul pada waktu malam
- Haiwan ini sukar ditemui
KERTAS SOALAN TAMAT