Popular Posts

Tuesday, February 22, 2011

MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL DEARAH KEMAMAN KALI 1/2011

Salam unruk semua...
Alhamdulillah,hari ini dapat juga mesyuarat guru panitia PSV daerah berlangsung...
Tarikh 22 feb 2011 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di PPD Kemaman..Terima kasih pegawai PPD, En Shamsul,org baru yg baru 3 hari mengambil alih tugas di PPD.

Dan  Syukur bila semua guru dari jauh dan dekat datang untuk bermesyuarat...cukup semuanya..18 buah sekolah di daerah Kemaman mengambil mata pelajaran PSV.
Antara agenda yang dibincangkan pd petang ini ialah:
1.Aktiviti tahunan
1.1 guru mencadangkan agar lawatan bermaklumat dibuat.cadangan diberi seperti ke sekolah seni Johor,Balai Seni Lukis dan Pusat Kraftangan Jalan Conlay. Cadangan : Seorang guru dan seorang pelajar untuk setiap sekolah.
1.2 Pejabat PPD baru akan dibuka kemungkinan pada bulan 6. Di sini kami mencadangkan projek painting dibuat oleh setiap guru opsyenis . Painting akan didermakan kepada PPD untuk diletakkan di pejabat PPD baru...Tujuannya agar org  dpt menilai seni  dan menghargai seni yg dihasilkan oleh guru2 seni di Kemaman . Projek ini telah dijalankanoleh  guru2 JU Terengganu pada tahun lepas untuk diletakkan di jabatan...Jadi disini kami mencadangkan pula painting dibuat di sini agar seni disini terus berkembang.
1.3 Bengkel KRSV 2611/3- SMK Geliga dengan berbesar hati mencadangkan bilik seninya untuk dijadikan bengkel untuk subjek ini. Cadangan dibuat pada akhir mac ini memandangkan cuti sekolah akan bermula.Moga bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Syukur bila semuanya selesai..perbincangan soalan KRSV dpt dijalankan dan berharap agar guru2 di daeerah Kemaman dapat menghasilkan yng terbaik utk pelajarnya dan tiada masalah lagi untuk guru2 yang baru mengajar.


  sebahagian cikgu seni daerah..dok tengah berbincang
 Hasil kerja adhot utk dijadikan contoh
Guna pinggan melamine je...
sebelum painting,gosok dgn kertas pasir dulu..baru di boleh lekat.
pas tu baru le boleh paint...last nak bg cantik spray je dgn clear spray,..

Thursday, February 17, 2011

SOALAN KERJA KURSUS SPM

Tahun ni soalan rasanya nak kata mencabar tak le juga...nak kata tak mencabar...tak tau le....yang pasti kat negeri Terengganu dok sibuk memikirkan nak buat soalan apa...yang mudah bagi pelajar...
soalan no 1.
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK
SITUASI
Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman
untuk ruang bacaan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk
kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.

Budak sains boleh le buat ni..

Soalan no 2


TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA ASEMBLAJ
SITUASI
Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempat
anda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.

* yang ok juga..ramai juga pelajar nak buat ni...terutama pelajar lelaki...cikgu kena buat folio dulu bagi budak nampak ni....


TUGASAN 3
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDAR
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan
topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yang
bermotifkan fauna di Malaysia.
* yg  ni ada juga ingin buat...kena buat folio juga..agar student senang nampak..

Tugasan 4-tak ada dapur le nak masak...abaikan je...org Perak boleh le..


TUGASAN 5
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : KAD UCAPAN
PRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSI
SITUASI
Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan
amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang
bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.

*yg ni cantik juga...tapi lebih pd grafik le pulak....budak kelas hujung lg le tak boleh buat....


TUGASAN 6
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : PEMBUNGKUSAN
PRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANAN
SITUASI
Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu.
Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan
kerepek ubi kayu tersebut.
* yg ni pun boleh tahan soalannye....tak le susah sangat..

Tugasan 7..abaikan aje...storyboad..hancus kalau buat ni...


TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUK
SITUASI
Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan
keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.

Soalan ni menarik....ramai pelajar nak buat ni...
cg dah pun cari cawan melamine utk dibuat kajian..tak yah yang mahal..dlam lingkungan rm 5 je..
guna kerta pasir utk kesatkan permukaan dia,pas tu guna buncho utk warnakan...dan last skali guna clear spray...huh..cantik...bkn utk digunakan.tp utk permakahan...

ok..nanti bila ada bengkel,gambar boleh dimasukkan..tunggu le minggu hadapan le ..nak buat kursus le utk cikgu pulak..

jumpe lg...